Waspada Pujian Manusia
"Tolong saya boleh?"
Aku pun datang tolong kawan aku.
"Wah, hebatnya! Pandai betul! Terima kasih sangat-sangat!"
Mesti pernah jadi seperti ini, kan? Kalau dengan kadar yang sesuai, pujian boleh menjadi pembakar semangat dan pencetus motivasi yang berkesan. Namun, kita perlu sedar dan berwaspada, kerana pujian juga boleh menjadi ujian yang menjadikan kita terlalu bergantung dan sentiasa mendahagakan pujian daripada orang lain.
Apakah had bagi pujian ini?
Tahap mana pujian itu dikira sebagai melampau?
Pertama, lihat semula niat kita. Kenapa kita puji dia? Kalau niatnya untuk memberi motivasi, contohnya ayah memuji anaknya yang telah melakukan perbuatan baik atau mencapai suatu pencapaian, maka pujian itu dibenarkan. Tapi kalau niat untuk ambil hati orang, itulah yang dipanggil pujian melampau.
…perlu berjaga-jaga juga. Kita perlu elakkan daripada penyakit dahagakan pujian. Antara cara untuk elakkan perkara ini selalu kita lupa. Kita perlu mengembalikan pujian itu kepada Allah SWT. Sebut Alhamdulillah apabila dipuji. Allah-lah yang selayaknya menerima pujian. Segala puji bagi Allah!
Satu lagi yang kita boleh amalkan ialah berdoa kepada Allah SWT agar pujian itu tidak menjadikan kita seorang insan yang jauh daripada-Nya.
Seorang lelaki memuji seorang lelaki lain di hadapan Nabi ﷺ, lalu baginda bersabda,
وَيْلَكَ قَطَعْتَ عُنُقَ صَاحِبِكَ قَطَعْتَ عُنُقَ صَاحِبِكَ
"Celakalah engkau! Engkau telah memotong leher saudaramu (dengan pujianmu itu), engkau telah memotong leher saudaramu."
Baginda mengulanginya berulang kali. Kemudian, baginda ﷺ bersabda, "Sesiapa di antara kamu yang hendak memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'Aku menyangka fulan (sebagai orang yang baik), dan Allah yang akan menghisabnya (menilainya)' "
Sahih Bukhari 2662, sumber: Sunnah.com
Kuala Lumpur
25 Oktober 2025